Wednesday, 17 November 2021

PROGRAM : PROMOSI JALUR LEBAR 2021 - MYDIGITAL.KKMM


Bahagian Infrastruktur dan Aplikasi di RTM sedang menganjurkan Program Promosi Jalur Lebar 2021 melalui Portal MyDIGITAL KKMM. Portal ini juga turut menerima sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan daripada kesemua 26 kementerian serta beberapa syarikat telekomunikasi



(HEBAHAN SIARAN : 16 NOVEMBER - 15 DISEMBER 2021)


Jangan ketinggalan untuk memeriahkan pelbagai aktiviti dan program menarik dari sektor kerajaan dan swasta serta terokai informasi digital terkini di laman web https://mydigital.kkmm.my/







Thursday, 22 October 2020

WAKTU OPERASI MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS) SUSULAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

 MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG DAN SEMUA PEJABAT CAWANGAN MPS AKAN BEROPERASI DENGAN KAPASITI TERHAD SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) BERKUATKUASA DI NEGERI SELANGOR BERMULA 22 OKTOBER 2020 SEHINGGA TARIKH DIUMUMKAN KELAK.

UNTUK URUSAN MELIBATKAN KAUNTER PERKHIDMATAN LESEN, HANYA 100 ORANG SAHAJA  DIHADKAN PADA SETIAP HARI MANAKALA BAGI URUSAN KAUNTER PERKHIDMATAN JABATAN LAIN, PELANGGAN DIMINTA UNTUK MEMBUAT TEMUJANJI TERLEBIH DAHULU DENGAN MENGHUBUNGI JABATAN YANG TERLIBAT.

MPS JUGA MENGGALAKKAN PELANGGAN UNTUK MELAKUKAN TRANSAKSI YANG DITAWARKAN SECARA ATAS TALIAN DAN SENARAI PENUH PERKHIDMATAN KAUNTER JABATAN BOLEH DIDAPATI DENGAN MELAYARI www.mps.gov.my 

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN LANJUT, ORANG RAMAI BOLEH MENGHUBUNGI DI TALIAN 03-6138 9898 / 03-6126 5824. 







Thursday, 28 September 2017

Info Acara - Pengisahan Negaraku 2017



Program  :  Pertandingan Pengisahan Negaraku 2017 


Peringkat Separuh Akhir 

Tarikh       : 30 September 2017 (Sabtu) 
Tempat      : Dewan Bestari, SMK Dato' Harun, Tanjong Karang, Selangor.

Waktu        : 9 pagi hingga 6 petang

Peringkat Akhir 
Tarikh       : 1 Oktober 2017 (Ahad)
Tempat     : Dewan Serbaguna, Politeknik Sultan Idris Shah, Sg. Lang, Sabak Bernam, Selangor

Waktu       : 9 pagi hingga 1 tengahari

Makluman :
Pertandingan anjuran JaPEN yang berkonsepkan kisah tokoh-tokoh yang telah diberi penghargaan dan juga pengiktirafan di peringkat negeri dan kebangsaan. Matlamat pertandingan adalah untuk mempertingkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat melalui kebolehan peserta bercerita berdasarkan skrip dengan menggunakan kaedah-kaedah komunikasi bersemuka.

Semua dijemput hadir.

Tuesday, 26 September 2017

Info Acara - Hari Peladang Penternak & Nelayan Kebangsaan

Program  : Hari Peladang Penternak & Nelayan Kebangsaan 
Tarikh     : 28 September hingga 1 Oktober 2017
Waktu     : 10 pagi hingga 10 malam
Tempat   : MAEPS Serdang.


Aktiviti :

- Pelbagai produk pertanian
- Jualan daripada FAMA dan agensi dibawah Kementerian Pertanian
- Pelbagai acara menarik

Anda dijemput memeriahkan program ini.

Saturday, 23 September 2017

Info Prihatin

YAB Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Abdul Razak, 
menyeru rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan sebagai misi kemanusiaan 
NEGARAKU PRIHATIN "TABUNG KEMANUSIAAN ROHINGYA". 
Sumbangan boleh disalurkan menerusi 1M4U Disaster Relief Fund 
melalui Akaun Maybank 564324605701

Friday, 22 September 2017

Info Acara - Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Negeri Selangor

Program  : Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Negeri Selangor
Tarikh     : 1 Oktober 2017
Waktu     : 8 pagi hingga 1 tengahari
Tempat   : Sek.Men.Keb. Bandar Rinching,Semenyih.

Aktiviti :

- Pengurangan harga saman JPJ (saman tertentu sahaja)
- Pemeriksaan motosikal secara percuma
- Pembaharuan Lesan Memandu dan Lesen Kenderaan Bermotor ( Roadtax)
- Semakan saman dan bayaran saman JPJ
- Semakan senarai hitam
- Khidmat nasihat teknikal
- Pameran daripada agensi kerajaan dan swasta

Anda dijemput memeriahkan program ini.